Posts

Kanta Lekap Prostetik

Image
  Apa Itu Kanta Lekap Prostetik ?     Kanta lekap prostetik atau kanta lekap 'iris' ialah kanta yang digunakan untuk menutup kelainan dan memperbaiki penampilan mata yang tidak sempurna yang terjadi sejak lahir, atau terjadi akibat trauma dan penyakit mata. Kanta ini boleh menutup 'iris' yang mempunyai warna lain (heterochromia) yang terjadi disebabkan penyakit-penyakit seperti albinisme dan leukokoria.  Figura 1: Contoh-contoh kanta lekap prostetik. Sumber dari https://medcorpint.com/cantor-prosthetic-lenses/ Apa Kelebihan Kanta Lekap Prostetik ? Penambahbaikan Kosmetik Pesakit yang mencari kanta lekap prostetik biasanya berminat dengan faedah kosmetik kanta ini. Individu ini mungkin mempunyai parut pada mata atau kecacatan sejak lahir yang ketara. Kanta prostetik yang betul boleh menyebabkan keadaan ini tidak kelihatan dengan begitu ketara, memberikan mata pesakit penampilan yang lebih semula jadi. Kurang sensitiviti terhadap cahaya Trauma pada mata selalunya ...

Aniridia

Image
    Aniridia ialah masalah mata di mana 'iris' iaitu bahagian mata yang berwarna yang berbentuk seperti donat yang membentuk anak mata) tidak membesar secara normal. Aniridia boleh menjejaskan kedua-dua mata, namun, kedua-dua mata mungkin terjejas secara berbeza akibat penyakit ini. Aniridia berlaku semasa perkembangan mata ketika bayi dalam minggu ke-12 hingga ke-14 kehamilan. Kebanyakkan kes berlaku disebabkan mutasi gen. Figura 1: Struktur 'iris' dan 'pupil'. Sumber dari https://gene.vision/knowledge-base/iris-and-pupil/. Figura 2: Contoh gambar mata pesakit yang mempunyai 'aniridia' pada mata kanan. Sumber dari https://morancore.utah.edu/section-12-retina-and-vitreous/aniridia/.   Rawatan-rawatan Aniridia Kanta sentuh prostetik Figura 3: Gambar mata pesakit sebelum dan selepas memakai kanta sentuh prostetik. Sumber dari https://www.adityajyoteyehospital.org/contact-lenses.html.  Ubat titis mata dan pembedahan - untuk glaukoma Cermin mata dan pembed...

Macular Edema

Image
    Makula ialah bahagian pada retina yang membantu kita untuk melihat secara 'detail', objek jauh dan warna. Ia penuh dengan  banyak sel 'photoreceptor' dan kawasan kecil di bahagian retina ini adalah amat berharga.  'Macular edema' ialah bengkak di bahagian retina.   'Macular edema' berlaku apabila cecair dari saluran darah bocor ke bahagian retina yang dipanggil makula. Hal ini menjadikan makula membengkak dan menyebabkan penglihatan kabur.  Figura 1: Gambar struktur mata yang menunnjukkan kedudukan makula. Sumber dari https://en.wikipedia.org/wiki/Macula. Simptom-simptom Macular Edema Penglihatan akan menjadi semakin kabur dari masa ke masa ialah simptom utama 'macular edema'.  Anda juga mungkin perasan bahawa: Objek kelihatan bengkok. Saiz objek nampak berbeza jika perbandingan penglihatan dilakukan antara mata kanan dan mata kiri. Warna kelihatan pudar atau kusam. Figura 2: Perbezaan antara penglihatan normal dan penglihatan pesakit yan...

Katarak dalam kalangan Kanak-kanak

Image
    Katarak selalunya terjadi pada orang dewasa yang lebih tua (katarak berkaitan usia), tetapi sesetengah bayi dilahirkan dengan katarak.  Katarak kongenital (berlaku ketika kelahiran) menyebabkan 5% hingga 20% kes buta dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Katarak kanak-kanak dirujuk sebagai: Katarak kongenital - katarak terjadi apabila bayi dilahirkan atau tidak lama selepas itu Katarak juvana atau 'juvenile cataract' - katarak terjadi pada kanak-kanak yang sedang membesar. Figura 1: Terdapat katarak pada mata kiri kanak-kanak ini. Sumber dari https://pedseye.com/treatment/pediatric-cataracts/. Simptom-simptom     Selalunya, kanak-kanak dengan katarak yang tidak tebal akan tidak mempunyai simptom-simptom. Namun, apabila katarak semakin menebal, bayi akan mempunyai simptom-simptom seperti: kurang reaksi terhadap cahaya juling susah untuk melihat mainan atau muka Rawatan - pembedahan dilakukan dan penggunaan cermin dan kanta lekap disarankan. ...

Kanta Intraokular 'Dislocate' Atau teralih

Image
    Pembedahan katarak ialah salah satu prosedur pembedahan yang biasa dilakukan untuk menggantikan kanta semula jadi yang keruh yang berada di dalam mata ke kanta intraokular atau IOL.  Semasa proses pembedahan katarak, IOL atau kanta intraokular diletakkan di dalam beg kapsul iaitu struktur seperti karung yang sebelum ni mengandungi kanta semula jadi yang keruh. Dalam sesetengah keadaan, beg kapsul ini boleh pecah dan tidak dapat memegang IOL.      Kanta intraokular teralih ialah komplikasi yang jarang berlaku tetapi ia agak serius di mana kanta intraokular atau IOL tergerak keluar dari kedudukan normal di mata. Peratus kes IOL teralih telah dilaporkan pada kadar 0.2% hingga 3%. Ia mungkin berlaku akibat komplikasi awal atau lewat pembedahan katarak, pembedahan 'vitreoretinal', trauma atau masalah tisu penghubung yang menyebabkan kelemahan pada 'zonular' kanta. Faktor-faktor Risiko Kecederaan pada mata Pembedahan mata Jangkitan mata Simptom-simptom IOL te...

Optik Neuritis

Image
      Optik neuritis berlaku apabila saraf optik meradang dan membengkak. Fungsi saraf optik adalah untuk menghantar signal dari mata ke otak supaya anda dapat melihat imej. Apabila saraf optik meradang, ia tidak dapat menghantar signal ke otak.  Figura 1: Kedudukan saraf optik. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/body/22261-optic-nerve.      Optik neuritis boleh menjejaskan penglihatan anda dan menyebabkan rasa sakit. Keadaan ini kebiasaannya terjadi pada satu mata namun, ia boleh terjadi pada kedua-dua mata pada masa yang sama.  Optik neuritis boleh terjadi pada orang dewasa dan kanak-kanak. Ia paling biasa terjadi pada wanita berumur 20 hingga 40 tahun. Figura 2: Contoh gambar 'fundus' yang terdapat optik neuritis. Sumber dari https://www.aapos.org/glossary/optic-neuritis. Simptom-simptom Optik Neuritis Anda boleh mengalami optik neuritis pada satu atau kedua-dua mata. Simptom mungkin muncul secara tiba-tiba atau bertamb...

Entropion

Image
Apa Itu 'Entropion'?         F ungsi kelopak mata atas dan bawah adalah untuk melindungi mata daripada kerosakan pada mata dan menghalang penyejatan air mata apabila ditutup.  ' Entropion' adalah keadaan apabila kedudukan bahagian tepi kelopak mata menjadi ke dalam ke arah mata.  Figura 1: Keadaan kelopak mata bawah pesakit yang mempunyai 'entropion'. Sumber dari https://www.doctorparpados.com/what-is-entropion/.      Keadaan ini lebih biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua disebabkan kelemahan otot pada kelopak mata. 'Entropion' boleh menyebabkan 'trichiasis', di mana bulu mata tumbuh ke arah mata dan terkena pada mata. Hal ini menyebabkan kerosakan kornea dan konjunktiva. Parut kornea boleh terjadi disebabkan ini dan penglihatan pesakit boleh terjejas. Figura 2: Keadaan bulu mata pesakit yang mempunyai 'entropion'. Bulu mata ini tumbuh ke dalam mengenai bahagian kornea dan boleh meyebabkan iritasi. Sumber dari...

Rabun Dekat / Presbyopia

Image
    ' Presbyopia' terjadi apabila mata anda secara beransur-ansur kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu dengan jelas dari dekat. Keadaan ini adalah 'normal' untuk berlaku pada orang yang berumur. Istilah 'presbyopia' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mata tua. Individu yang mempunyai 'presbyopia' mungkin akan mendapati bahawa mereka akan menjauhkan jarak bahan bacaan untuk melihat tulisan pada bahan bacaan dengan lebih jelas.  Figura 1: Keadaan individu yang mempunyai presbyopia. Sumber dari https://ebsaar.com/learning-the-difference-between-presbyopia-and-hyperopia/.     Kanta anda terletak di dalam mata di belakang 'iris' (mata berwarna) anda. Bentuk kanta akan berubah untuk memfokuskan cahaya ke retina supaya anda boleh melihat. Apabila anda masih muda, keadaan kanta yang fleksibel membolehkan untuk mudah merubah bentuk. Hal ini membolehkan mata anda fokus untuk melihat pada jarak jauh dan dekat. Selepas berumur 40 tahun, k...

Rabun Silau / Astigmatisme

Image
      Astigmatisme atau rabun silau ialah masalah mata yang selalu terjadi yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Astigmatisme terjadi disebabkan oleh kornea atau kanta yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada bentuk biasa. Kelengkungan kanta di dalam mata boleh berubah dan mengakibatkan peningkatan astigmatisme. Figura 1: Gambaran bentuk kornea yang meyebabkan astigmatisme. Sumber dari http://www.hertzogfamilyeyecare.com/astigmatism.html.      Kebiasaannya, kornea dan kanta di bahagian hadapan mata mempunyai bentuk bulat yang sama rata. Hal ini membantu memfokuskan cahaya tepat pada retina supaya boleh melihat dengan jelas. Dengan adanya astigmatisme, cahaya tidak membias dengan betul apabila ia memasuki bahagian depan mata. Penglihatan menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh kerana cahaya jatuh sama ada di hadapan atau di belakang retina.  Sesetangah individu mungkin mempunyai astigmatisme dengan rabun yang lain seperti 'myopia' 'hyper...

Hyperopia

Image
      'Hyperopia' ialah rabun yang menyebabkan objek yang dekat kelihatan kabur. 'Hyperopia' berlaku apabila cahaya jatuh di belakang retina dan tidak jatuh tepat di retina dan menyebabkan objek kelihatan kabur. 'Hyperopia' bukanlah terjadi disebabkan penuaan kanta yang menyebabkan 'presbyopia'. Figura 1: Perbezaaan penglihatan antara individu yang mempunyai 'hyperopia' dan individu normal. Sumber dari https://lookandsee.ca/what-is-hyperopia/.      Kebanyakkann individu yang mempunyai 'hyperopia' boleh melihat objek jauh dengan jelas namun, objek dekat kelihatan kabur. Bagi individu yang mempunyai 'hyperopia' yang tinggi, penglihatan boleh menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh.  Dengan 'hyperopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina tetapi jatuh pada belakang retina.  Simptom-simptom 'Hyperopia' Mengalami kesukaran ketika membaca Rasa tegang pada mata Sakit kepala Rawatan-rawatan 'Hyperopia' Cermin mata...

Myopia

Image
    'Myopia' ialah keadaan penglihatan di mana orang dapat melihat objek dekat dengan jelas, tetapi objek yang jauh kelihatan kabur. ' Power' kanak-kanak yang mempunyai 'myopia' biasanya akan bertambah apabila usia mereka meningkat dan 'power' mereka biasanya akan stabil ketika berumur 20-an.       Untuk anda melihat dengan jelas, sinaran cahaya mesti melalui lapisan hadapan mata (kornea dan kanta). Kornea dan kanta bekerjasama untuk membengkokkan cahaya untuk jatuh tepat pada retina. Dengan 'myopia', cahaya tidak jatuh tepat pada retina malah,jatuh di hadapan retina. Antara penyebab 'myopia' ialah kornea di hadapan mata terlalu melengkung, atau bebola mata mungkin lebih panjang dari biasa.  Apabila cahaya tidak jatuh tepat pada retina, penglihatan menjadi kabur.  Figura 1: Perbezaan keadaan cahaya dalam mata 'normal vs mata 'myopia. Sumber dari https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8579-myopia-nearsightedness. Simptom-si...

Thyroid Eye Disease

Image
    Tiroid ialah kalenjar di bahagian leher anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal metabolisme manusia. Penyakit mata tiroid atau 'Thyroid eye disease (TED)' ialah keadaan autoimun yang berlaku apabila kalenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Kebanyakkan orang yang menghidapi penyakit TED mempunyai kalenjar tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan keadaan ini dinamakan hipertiroidisme.       Dengan TED, sistem imun menyerang otot dan tisu di sekeliling mata dan menyebabkan  keradangan pada bahagian orbit mata. TED ialah penyebab paling biasa yang mengakibatkan proptosis (mata terbonjol keluar) pada satu mata atau kedua-dua mata pada orang dewasa.  Figura 1: Gambar di sebelah kiri ialah contoh keadaaan mata pesakit yang menghidapi penyakit TED. Sumber dari https://wcosmeticsurgery.com/before-and-after/thyroid-eye-disease/. Tanda-tanda dan Simptom-simptom TED Rasa mata berpasir dan kering Mata nampak terbonjol ke dep...

Rabun

Image
    Rabun merujuk kepada sebarang keadaan yang mengakibatkan imej objek yang dilihat tidak tertumpu dengan tepat pada retina.  Rabun ini termasuk 'hyperopia', 'myopia' dan astigmatisme.  Kanta cermin mata ialah alat paling biasa digunakan untuk membetulkan rabun. Kanta cermin mata boleh berbentuk cembung (convex ) untuk membetulkan 'hyperopia' dan boleh berbentuk cekung (concave) untuk membetulkan 'myopia'. Selain itu, terdapat kanta 'cylinder' untuk membetulkan astigmatisme atau rabun silau.     'Hyperopia' merujuk kepada keadaan apabila imej objek yang dilihat jatuh di belakang retina. Hal ini mengakibatkan objek yang dilihat menjadi kabur. 'Myopia' terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh di hadapan retina. Astigmatisme pula terjadi apabila imej objek yang dilihat jatuh pada tempat yang berbeza.  Figura 1: Kedudukan cahaya jatuh pada dalam keadaan rabun. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/conditions/ametropia/.  ...

Myasthenia Gravis

Image
      Myasthenia Gravis (MG) ialah penyakit neuromuskular kronik yang mengakibatkan otot menjadi lemah. Penyakit ini boleh menjejaskan otot badan terutamanya otot yang mengawal mata, mulut, tekak dan anggota badan yang lain. Penyakit Myasthenia Gravis terjadi disebabkan kesilapan dalam cara isyarat saraf yang dihantar ke otot. Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja pada sebarang umur, tetapi ia lebih kerap berlaku pada wanita muda (berumur 20 dan 30 tahun) lelaki yang berumur 50 dan ke atas.     Penyakit MG boleh mengakibatkan kesukaran untuk menelan dan bernafas. Punca MG tidak diketahui dan tiada penawar, tetapi pengesanan awal dan rawatan segera boleh membantu pesakit hidup lebih lama. MG tidak diwarisi dan ia tidak berjangkit. Ia biasanya berlaku apabila antibodi menyerang reseptor normal saraf pada otot. Simptom-simptom Myasthenia Gravis Masalah penglihatan termasuk 'ptosis' dan melihat satu objek menjadi dua (double vision). Kelemahan dan keletihan ot...

Computer Vision Syndrome

Image
      'Computer vision syndrome' atau sindrom penglihatan komputer ialah masalah berkaitan mata dan penglihatan yang berpunca dari penggunaan komputer, tablet dan telefon bimbit yang berpanjangan. Ramai individu mengalami ketidakselesaan pada mata dan penglihatan apabila melihat skrin digital dalam tempoh yang lama.  Menurut Harefuah et al. (2021), sebanyak 90% daripada pengguna komputer yang menghabiskan masa lebih dari 3 jam sehari menghadapi masalah CVS ini. Tahap ketidakselesaan biasanya meningkat dengan jumlah penggunaan skrin digital. Figura 1: Individu yang menghidapi 'Computer Vision Syndrome'. Sumber dari https://www.aoa.org/healthy-eyes/eye-and-vision-conditions/computer-vision-syndrome?sso=y. Penyebab 'Computer Vision Syndrome'     Melihat komputer atau skrin digital sering menjadikan otot mata bekerja dengan lebih keras. Akibatnya, terdapat penggunaan visual yang tinggi untuk skrin komputer dan skrin digital menyebabkan ramai individu menga...

Konjunktivitis

Image
    Konjunktivitis ialah keradangan yang berlaku pada konjunktiva (bahagian mata putih) disebabkan jangkitan atau alahan (alergik). Mata akan merah dan bengkak, dan kadang-kadang terdapat lelehan yang melekit. Anda boleh mengalami konjunktivitis pada satu mata atau kedua-dua mata dan konjunktivitis juga boleh merebak kepada orang lain. Penyebab-penyebab Konjunktivitis     Konjunktivitis boleh disebabkan oleh virus , bakteria atau alahan (alergik) . Konjunktivitis bakteria dan virus mudah merebak dari individu ke individu. Konjunktivitis alahan (alergik) pula tidak berjangkit.  Konjunktivitis yang paling biasa yang mejangkiti manusia ialah konjunktivitis virus. Konjunktivitis jenis ini menyebabkan mata berasa pedih dengan ada lelehan berair. Konjunktivitis ini biasanya disebabkan jenis virus yang sama yang menyebabkan hidung berair dan sakit tekak. Figura 1: Mata pesakit yang dijangkiti konjunktivitis virus. Sumber dari https://www.allaboutvision.com/condit...

Retinoblastoma

Image
Apa Itu Retinoblastoma?          Retinoblastoma ialah kanser mata yang biasa yang dihidapi kanak-kanak. Ia bermula di retina dan berlaku apabila sel-sel saraf dalam retina berubah, membesar dalam saiz dan bilangan. Sel-sel akhirnya menjadi tumor dan biasanya merebak di dalam dan di sekeliling mata. Retinoblastoma  selalu terjadi pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 4 tahun. 60 peratus kes berlaku pada salah satu mata dan 40 peratus kes berlaku pada kedua-dua mata. Dalam kes yang jarang berlaku, retinoblastoma boleh menyebabkan kesakitan dan radang pada mata. Ini lebih kerap berlaku apabila tumor telah merebak ke bahagian depan mata. Retinoblastoma boleh tersebar melalui saraf optik ke bahagian badan lain seperti otak, tulang, hati dan organ-organ lain.       Figura 1: Gambar fundus pesakit yang mempunyai retinoblastoma. Sumber dari https://www.researchgate.net/figure/Ocular-fundus-aspect-of-retinoblastoma_fig2_6854640. Tan...

Ocular Toxoplasmosis

Image
    'Ocular Toxoplasmosis' ialah satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan parasit iaitu Toxoplasmosis gondii. Apabila sahaja parasit ini masuk ke retina, parasit ini akan membiak. Jika 'ocular toxoplasmosis' ini dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh hilang penglihatan. Terdapat banyak komplikasi akibat 'ocular toxoplasmosis' seperti 'retinal detachment' dan glaukoma.  Jangkitan Toxoplasmosis pada mata selalunya menyebabkan keradangan dan seterusnya menjadi parut di bahagian retina.  Figura 1: Gambar retina pesakit yang mempunyai 'Ocular Toxoplasmosis' yang masih aktif. Sumber dari https://www.eophtha.com/posts/ocular-toxoplasmosis Individu yang berisiko untuk mempunyai Toxoplasmosis      Kebanyakan individu yang dijangkiti toxoplasmosis adalah akibat dari memakan daging yang mentah dan sayur-sayuran yang mentah atau yang tidak dimasak secukupnya. Selain itu, Toxoplasmosis juga boleh dijangkiti darpada sentuhan kotak pasir najis haiwan peliha...

Pendarahan di Depan Mata / Hyphema

Image
    Hyphema adalah keadaan apabila terdapat darah terkumpul di dalam bahagian depan mata. Ini berlaku di kawasan antara kornea dan 'iris' (bahagian mata yang bewarna). Darah mungkin meliputi sebahagian atau seluruh bahagian 'iris' dan anak mata.  Hyphema biasanya berlaku apabila terdapat kecederaan yang menyebabkan luka pada 'iris'.       Sesetengah individu salah anggap salur darah yang pecah pada mata putih sebagai hyphema. Salur darah yang pecah pada putih itu tidak berbahaya dan ia dipanggil pendarahan 'subconjuctival'. Pendarahan 'subconjuctival' tidak menyebabkan rasa sakit. Walaubagaimanapun, hyphema biasanya akan menyebabkan rasa sakit dan perlulah dirawat dengan betul kerana ia boleh menyebabkan masalah penglihatan kekal. Figura 1: Gambar pesakit yang mempunyai hyphema. Sumber dari https://decisionmakerplus.net/dg-post/h21-03-hyphema-of-iris-and-ciliary-body/ Figura 2: Keadaan mata pesakit yang mempunyai pendarahan 'subconjunctival...

Anisometropia

Image
    Apa Itu Anisometropia ?          Anisometropia ialah satu keadaan apabila terdapat banyak perbezaan 'power' lebih dari 1 D antara kedua mata kanan dan kiri.  Anisometropia terjadi akibat satu mata mempunyai bentuk kornea atau kanta yang berbeza (refractive)  yang berbeza daripada mata yang satu lagi. Anisometropia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan panjang bola mata (axial) antara kedua mata. Kedua-dua faktor ini menyebabkan rabun silau (astigmatisme) dan rabun jauh yang tidak sama. Berikut ialah contoh anisometropia:                Mata Kanan: -6.50/-2.00x180                Mata Kiri: -1.00 Figura 1: Contoh imej yang terbentuk akibat Anisometropia. Terdapat perbezaan saiz imej yang ketara antara mata kanan dan mata kiri yang menyebabkan individu yang mempunyai Anisometropia tidak selesa. Apakan Kesan Akibat Anisometropia ?     Anisom...