Macular Edema
Makula ialah bahagian pada retina yang membantu kita untuk melihat secara 'detail', objek jauh dan warna. Ia penuh dengan banyak sel 'photoreceptor' dan kawasan kecil di bahagian retina ini adalah amat berharga. 'Macular edema' ialah bengkak di bahagian retina. 'Macular edema' berlaku apabila cecair dari saluran darah bocor ke bahagian retina yang dipanggil makula. Hal ini menjadikan makula membengkak dan menyebabkan penglihatan kabur.
![]() |
Figura 1: Gambar struktur mata yang menunnjukkan kedudukan makula. Sumber dari https://en.wikipedia.org/wiki/Macula. |
Simptom-simptom Macular Edema
Penglihatan akan menjadi semakin kabur dari masa ke masa ialah simptom utama 'macular edema'.
Anda juga mungkin perasan bahawa:
- Objek kelihatan bengkok.
- Saiz objek nampak berbeza jika perbandingan penglihatan dilakukan antara mata kanan dan mata kiri.
- Warna kelihatan pudar atau kusam.
Figura 2: Perbezaan antara penglihatan normal dan penglihatan pesakit yang mempunyai 'macular edema'. Sumber dari https://www.acuityeyegroup.com/vision-education/eye-care-blog/diabetes.
Jika anda mengalami 'macular edema' pada satu mata, anda mungkin mengambil masa lama untuk melihat perubahan pada penglihatan anda. Bagi sesetengah orang, 'macular edema' hanya menyebabkan penglihatan kabur yang sedikit. Namun, ada juga yang menyebabkan kelihatan penglihatan tengah yang lebih teruk, yang boleh menyukarkan untuk melakukan aktiviti harian seperti memandu dan membaca.
Punca-punca 'Macular edema'
- Diabetes
- ARMD
- Saluran darah pada retina tersumbat
- Penyakit genetik atau keturunan seperti 'retinitis pigmentosa'
Rawatan-rawatan 'Macular edema'
- Suntikan ubat pada mata seperti 'anti-VEGF'
- Ubat titis mata
- Laser
- Pembedahan mata
- Penyakit radang mata seperti 'uveitis'
Jika anda mengalami sebarang simptom 'macular edema', anda perlulah pergi berjumpa doktor secepat mungkin. Hal ini kerana 'macular edema' boleh menyebabkan anda kelihangan penglihatan jika tidak dirawat. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.
Comments
Post a Comment