Aniridia ialah masalah mata di mana 'iris' iaitu bahagian mata yang berwarna yang berbentuk seperti donat yang membentuk anak mata) tidak membesar secara normal. Aniridia boleh menjejaskan kedua-dua mata, namun, kedua-dua mata mungkin terjejas secara berbeza akibat penyakit ini. Aniridia berlaku semasa perkembangan mata ketika bayi dalam minggu ke-12 hingga ke-14 kehamilan. Kebanyakkan kes berlaku disebabkan mutasi gen.
 |
Figura 1: Struktur 'iris' dan 'pupil'. Sumber dari https://gene.vision/knowledge-base/iris-and-pupil/.
|
 |
Figura 2: Contoh gambar mata pesakit yang mempunyai 'aniridia' pada mata kanan. Sumber dari https://morancore.utah.edu/section-12-retina-and-vitreous/aniridia/. |
Rawatan-rawatan Aniridia
 |
Figura 3: Gambar mata pesakit sebelum dan selepas memakai kanta sentuh prostetik. Sumber dari https://www.adityajyoteyehospital.org/contact-lenses.html. |
- Ubat titis mata dan pembedahan - untuk glaukoma
- Cermin mata dan pembedahan - untuk katarak
Aniridia ialah penyakit yang jarang berlaku. Dalam populasi umum, aniridia berlaku pada seorang individu dalam setiap 50000-100000 orang dan bilangan orang yang terjejas adalah berbeza di bahagian yang berlainan di dunia. Aniridia boleh diwarisi dalam keluarga yang berlaku dalam 2/3 kes. Ketiadaan iris dan saiz kecil iris boleh menyebabkan sensitiviti pada cahaya dan silau. Walau bagaimanapun, dalam banyak kes, aniridia bukan sahaja menjejaskan iris. Bahagian mata lain juga boleh terjejas dengan boleh menyebabkan masalah penglihatan. Pesakit aniridia juga boleh mempunyai:
- Masalah kornea - sel stem yang tidak mencukupi yang menyebabkan calar dan parut pada kornea
- Glaukoma - ini berlaku pada kira-kira 50% pesakit
- Katarak - ini berlaku pada 50-80% pesakit
- Hipoplasia fovea - fovea tidak berkembang dengan baik
- 'Nystagmus' - pergerakan mata yang menyebabkan penglihatan kabur
Tidak semua pesakit mempunyai masalah-masalah mata ini. Penglihatan bayi yang mempunyai aniridia adalah sukar diramalkan apabila usia mereka semakin meningkat. Mereka mungkin mempunyai komplikasi mata yang lain dari penyakit ini. Oleh itu, pemeriksaan mata yang berkala dengan doktor adalah amat penting untuk mendapatkan penglihatan yang terbaik. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.
Comments
Post a Comment