Kanta Lekap Prostetik
Apa Itu Kanta Lekap Prostetik?
Kanta lekap prostetik atau kanta lekap 'iris' ialah kanta yang digunakan untuk menutup kelainan dan memperbaiki penampilan mata yang tidak sempurna yang terjadi sejak lahir, atau terjadi akibat trauma dan penyakit mata. Kanta ini boleh menutup 'iris' yang mempunyai warna lain (heterochromia) yang terjadi disebabkan penyakit-penyakit seperti albinisme dan leukokoria.
![]() |
Figura 1: Contoh-contoh kanta lekap prostetik. Sumber dari https://medcorpint.com/cantor-prosthetic-lenses/ |
Apa Kelebihan Kanta Lekap Prostetik?
- Penambahbaikan Kosmetik
- Pesakit yang mencari kanta lekap prostetik biasanya berminat dengan faedah kosmetik kanta ini. Individu ini mungkin mempunyai parut pada mata atau kecacatan sejak lahir yang ketara. Kanta prostetik yang betul boleh menyebabkan keadaan ini tidak kelihatan dengan begitu ketara, memberikan mata pesakit penampilan yang lebih semula jadi.
- Kurang sensitiviti terhadap cahaya
- Trauma pada mata selalunya boleh menyebabkan masalah fotofobia atau sensitif terhadap cahaya. Kecederaan pada mata boleh merosakkan 'iris' dengan cara menyebabkan saiz anak mata menjadi besar. Hal ini mengurangkan keupayaan mata untuk menapis cahaya dengan secukupnya. Kanta prostetik boleh mengurangkan masalah fotofobia ini.
- Menghilangkan 'double vision'
- 'Double vision' sering terjadi apabila berlaku kecederaan pada mata. Masalah ini mungkin terjadi berpanjangan atau dalam tempoh yang singkat. Pemakaian penutup mata boleh menyelesaikan masalah ini, namun pemakaian penutup mata boleh menyebabkan seseorang itu kurang selesa. Kanta lekap prostetik boleh menghilangkan 'double vision' dengan mempunyai bulatan hitam di tengah-tengah kanta.
Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat kanta lekap prostetik. Namun, pesakit perlulah mendapatkan pemeriksaan mata dahulu dari optometris dan pakar mata yang berdekatan untuk mengetahui keadaan mata sama ada sesuai untuk memakai kanta lekap prostetik atau tidak. Jika anda ada sebarang soalan atau permasalahan, sila ajukan soalan di ruang 'comment' atau boleh datang terus ke Dhiya Optometrist.
Comments
Post a Comment