Aniridia

Aniridia ialah masalah mata di mana 'iris' iaitu bahagian mata yang berwarna yang berbentuk seperti donat yang membentuk anak mata) tidak membesar secara normal. Aniridia boleh menjejaskan kedua-dua mata, namun, kedua-dua mata mungkin terjejas secara berbeza akibat penyakit ini. Aniridia berlaku semasa perkembangan mata ketika bayi dalam minggu ke-12 hingga ke-14 kehamilan. Kebanyakkan kes berlaku disebabkan mutasi gen. Figura 1: Struktur 'iris' dan 'pupil'. Sumber dari https://gene.vision/knowledge-base/iris-and-pupil/. Figura 2: Contoh gambar mata pesakit yang mempunyai 'aniridia' pada mata kanan. Sumber dari https://morancore.utah.edu/section-12-retina-and-vitreous/aniridia/. Rawatan-rawatan Aniridia Kanta sentuh prostetik Figura 3: Gambar mata pesakit sebelum dan selepas memakai kanta sentuh prostetik. Sumber dari https://www.adityajyoteyehospital.org/contact-lenses.html. Ubat titis mata dan pembedahan - untuk glaukoma Cermin mata dan pembed...