Posts

Showing posts from May, 2025

Macular Edema

Image
    Makula ialah bahagian pada retina yang membantu kita untuk melihat secara 'detail', objek jauh dan warna. Ia penuh dengan  banyak sel 'photoreceptor' dan kawasan kecil di bahagian retina ini adalah amat berharga.  'Macular edema' ialah bengkak di bahagian retina.   'Macular edema' berlaku apabila cecair dari saluran darah bocor ke bahagian retina yang dipanggil makula. Hal ini menjadikan makula membengkak dan menyebabkan penglihatan kabur.  Figura 1: Gambar struktur mata yang menunnjukkan kedudukan makula. Sumber dari https://en.wikipedia.org/wiki/Macula. Simptom-simptom Macular Edema Penglihatan akan menjadi semakin kabur dari masa ke masa ialah simptom utama 'macular edema'.  Anda juga mungkin perasan bahawa: Objek kelihatan bengkok. Saiz objek nampak berbeza jika perbandingan penglihatan dilakukan antara mata kanan dan mata kiri. Warna kelihatan pudar atau kusam. Figura 2: Perbezaan antara penglihatan normal dan penglihatan pesakit yan...