Jenis Rabun Warna
Monokromat ialah rabun warna sepenuhnya yang terjadi apabila tiada atau mempunyai satu jenis reseptor kon yang berfungsi. Jika anda mempunyai buta warna sepenuhnya, anda tidak akan dapat melihat warna sama sekali namun, ia agak jarang berlaku. Dikromat berlaku apabila 2 jenis reseptor kon sahaja yang berfungsi. Individu dikromat biasanya tidak dapat membezakan antara merah dan hijau . Trikromat ialah penglihatan yang normal apabila ketiga-tiga reseptor kon berfungsi dengan baik. Protanopia ialah rabun warna merah yang berlaku apabila reseptor kon merah tiada. Pesakit hanya mempunyai reseptor kon yang menyerap cahaya biru dan hijau . Deutranopia ialah rabun warna hijau yang terjadi apabila kekurangan reseptor kon hijau tetapi kon biru dan merah berfungsi dengan baik. Tritanopia ialah rabun warna biru yang berlaku apabila reseptor kon biru tiada. Figura 1: Beza antara protanopia, deutranopia, tritanopia dan monokromat. Sumber: https://www.healthdire...