Rabun Warna
Apa Itu Rabun Warna? Rabun warna terjadi apabila seseorang tidak dapat dapat melihat warna dalam keadaan yang 'biasa'. Ia selalu terjadi apabila seseorang tidak dapat membezakan antara warna-warna yang tertentu. Rabun warna terbahagi kepada beberapa jenis iaitu rabun warna merah-hijau. Selain itu, terdapat juga rabun warna biru-kuning. Rabun warna yang biasa terjadi di kalangan masyarakat ialah rabun warna merah-hijau. 1 daripada 12 orang lelaki dan 1 daripada 200 orang perempuan mempunyai rabun warna merah-hijau ini. Di dalam retina, terdapat 2 jenis sel yang mengesan cahaya iaitu ‘rods’ dan ‘cones’. 'Rods' berfungsi untuk penglihatan di dalam gelap. 'Cones' pula berfungsi untuk penglihatan warna. Terdapat 3 jenis 'cones' untuk mengesan warna iaitu merah, hijau dan biru. Ketiadaan satu 'cones' atau lebih ini menyebabkan rabun warna. Tiada rawatan untuk rabun warna dan hanya cermin ser...