Rabun Silau / Astigmatisme

Astigmatisme atau rabun silau ialah masalah mata yang selalu terjadi yang mengakibatkan penglihatan menjadi kabur. Astigmatisme terjadi disebabkan oleh kornea atau kanta yang mempunyai bentuk yang berbeza daripada bentuk biasa. Kelengkungan kanta di dalam mata boleh berubah dan mengakibatkan peningkatan astigmatisme. Figura 1: Gambaran bentuk kornea yang meyebabkan astigmatisme. Sumber dari http://www.hertzogfamilyeyecare.com/astigmatism.html. Kebiasaannya, kornea dan kanta di bahagian hadapan mata mempunyai bentuk bulat yang sama rata. Hal ini membantu memfokuskan cahaya tepat pada retina supaya boleh melihat dengan jelas. Dengan adanya astigmatisme, cahaya tidak membias dengan betul apabila ia memasuki bahagian depan mata. Penglihatan menjadi kabur pada jarak dekat dan jauh kerana cahaya jatuh sama ada di hadapan atau di belakang retina. Sesetangah individu mungkin mempunyai astigmatisme dengan rabun yang lain seperti 'myopia' 'hyper...